A. Pemberian Markah
Soalan 1 = 25 markah
Soalan 2 = 25 markah
Soalan 1 + Soalan 2 = 50 markah
Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah
1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )
Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:
Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.
2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah1 markah pendahuluan = 1 markah1 markah penutup = 1 markah
Jumlah markah isi = 10 markah
2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )
Aspek bahasa terbahagi
a. Perbendaharaan kata = 3 markah
b. Struktur ayat = 3 markah
c. Imbuhan = 3 markah
d. Tanda baca = 3 markah
e. Ejaan = 3 markah
- Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan.
- Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
- 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh.
- ½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
- Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.
- Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.
* Peringatan:
- Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
- Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam )
Tahukah kamu?
- Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.
- Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format.
- Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.
B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.
1. Bilangan perkataan tidak mencukupi:
- kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )
- 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )
- 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )
- 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )
2. Bagi setiap satu kesalahan:
- imbuhan tolak ½ markah
- tanda baca tolak ½ markah
- ejaan tolak ½ markah
3. Karangan yang terpesong langsung:
- markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah
4. Format:
- salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.
Contoh pemotongan markah surat kiriman:
- tiada alamat = tolak 1
- tiada nama pengirim = tolak 1
- tiada tanda tangan = tolak 1
- tiada tarikh tolak = ½
- tiada kata panggilan hormat = tolak 1
- tiada ucapan terima kasih = tolak 1
- Salah letak format = tolak ½
- tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak ½
Tahukah kamu ?
- Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa.
- Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.
- Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.
No comments:
Post a Comment